Jom join izan

Tuesday, March 23, 2010

Award dari Syuhada....23.3.2010

Siapa yang sudi jadi mangsa zan ni...... siapa yang dapat bisikan dari izan, sudi-sudikanlah mengambilnya yer..... jika tak dapat bisikan pun ... ambil je zan ikhlas... hihi
Buat Syuhada.... terima kasih sebab sudi teringat kan zan.....tanda ingatan tu yang dihargai.... baru dapat mengetip kat sini. tapi zan tak ambik terma-termanya....... haaa... siapa pula ya yang sudi mengistiharkan "dia" dah ambil award disini....

kepada teman-teman yang dah lama zan tak intai... minta maaf banyak2.. sebab zan sedang beri sedikit tumpuan pada adik ika .... tapi tetap akan datang walaupun lewat.

5 comments :

sonata anak kancil said...

salam kenal dan ziarah ke sini....tengok2 rumah kita sama la! tk kita sama2 follow

Syuhada Kamal said...

izan,tq sudi amek award tu..:)

Unknown said...

sonata anak kancil,

terima kasih... amalan ziarah menziarahi budaya kita... tp tahun ni zan slow lagi jenjalan sbb adik ika nak peksa pulak.... biarpun lambat tetap ingat...

tu lar kata....malam tadi aiiii... ingat salah tekan bila tengok betul2... hihi kita serupa lah.. boley aje...

Unknown said...

syuhada,

apa lak tak sudinya... kawan ingat kat kita... kita pun ingat kat kawan juga... terima kasih juga buat syuhada....

Unknown said...

kff

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter