tagged oleh KuIna ……. Ayoyo… “manyak susa mau kriet ini citer”……. ‘3 sebab kenapa aku berblog‘….. ‘why i blog?’
apa macem mau cerita ini cerita ….. kena bagi 3 sebab …… huhu…
kawan-kawan ….. setahun lebih sudah izan menaip khas buat blog yang disayangi. Sebelum menjadi penaip blog, izan mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa orang dan mendapat beberapa panduan yang membina dan memberi semangat dan juga berfikir apa arah dan tujuan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menjadi teman membaca yang setia juga komen yang membina dan lawak gitu…
1. untuk sekarang dan seterusnya, izan berblog untuk mengeratkan silaturrahim sesama insan dengan berkongsi pengalaman yang ada. Izan mahu kongsi segala kebaikkan dalam hidup buat teman-teman yang sudi untuk bertukar-tukar pendapat. Bertukar-tukar cerita samada cerita itu gembira, sedih, bahagia, keinginan, hobi atau apa saja selagi ia memberi kebaikkan. Bukan hendak menunjukkan kesempurnaan diri atau hidup. Tapi segala yang baik akan dikenang sepanjang zaman……..betulkan. kita juga digalakkan mencerita kebaikkan orang lain untuk “pahala”. Semoga izan mendapat manfaat kerana “nawaitu”……….. dan semoga terjalinnya silaturrahim itu kekal dan erat hingga ke bila-bila waktu. Terima kasih buat rakan-rakan semua.
2. untuk sekarang dan seterusnya, izan berblog untuk bersama-sama menceriakan suasana alam maya walaupun masa begitu terhad tetapi peluang terbuka luas tidak mempunyai had masa. Hendak ikut serta merasai meriahnya dunia blog. Selain mengintai pengalaman dan peluang yang baik yang mungkin tidak izan nampak di mata kasar tapi ada di alam maya yang mana jangkauannya melepasi batasan.
3. untuk sekarang dan seterusnya, izan berblog untuk membina ketahanan dan keyakinan diri. Bagaimana caranya….. tahukah kawan-kawan semua dari blog inilah zan belajar dunia orang lain. Banyak pengetahuan dan pembelajaran izan dapat apabila pergi dari satu blog ke satu blog. Dari sini juga izan menilai diri sendiri apakah diri seorang yang tahan dengan dugaan, dan dari sini izan cuba belajar supaya diluar juga izan seperti disini. Tahu tak… izan sekarang dah boleh sedikit menerima kritikan dengan positif…. Diluar juga begitu. Izan bukan lagi seorang yang sangat sensitif dan cepat menangis. Izan dah kurang menangis bila ditempelak oleh boss…. Sekadar menyimpan sedikit rasa hati… tapi izan rasa mungkin lama-kelamaan izan boleh jadi lebih kebal. Doakan ye… bukan muka tembok, orang yang tak reti makna malu…. . tapi inilah hidup. Jika kita berkeinginan sesuatu atau ingin kan kejayaan… kuatkan hati dan yakin pada diri. Mudahan kita akan mencapainya…. Buat teman-teman semua berilah izan ruang mendapat sedikit kebaikkan dalam diri anda semua …. :D. – (mesej khas) surveyor, secara tidak langsung kita dapat sedikit sebanyak manfaat dari ruang yg diberikan. Terima kasih….. MOB okey… (jgn nanti esok diakhirat kena junjung ilmu…. )
haaa…… inilar sedikit sebanyak perkara yang izan dapat manfaat dari mempunyai blog menggali segala kebaikkan.
8 comments :
sy telah hulurkan salam silatulrahim sejak mula perkenalan kita.. hehehe bila ya.. lupa dah... wlpun hanya beinteraksi dialam maya rasa tetap mesra.Itulah bestnya jd blogger. Menulis dlm blog dan membaca blog org lain jgk dpt menambh ilmu kita.
Dok g rawang berkali2 dah pun tp tak prnh jumpa pun.
terima kasih siapkn esement nie...
selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Salam,
Kalau berblog jangan sampai jadi goblog hi hi hi kalau hendak merapatkan siratul rahim kenalah bellajar siratul mustaqiiiiiim !
selamat menyambut Ramadhan jugak la
hehehe
blog walking...
kuIna,
terima kasih ... yang penting kita mencari ilmu walau sepatah ayat...
bila nak datang rawang ... bagi lar tau awal boleh kita tunggu dimana2... bukannya jauh pun ... tol utara selatan tunggu je kat bukit sentosa ... terus masuk rumah zan.
semoga kita semua beroleh ketenangan........ :)
Pak Karamu,
mesti pandai macam mana .... ajarkan pada zan yang kurang tahu ni... dapat gak pahala campur pahala puasa.
Tinie,
yar lorrr.... semoga kita semua beroleh kemenangan dan ketenangan... :D
Salam,
Ooooo! ini macam kaaa ! terpesong sikit tak apa haaa ! hukankah hudud tu pun 0.001 % je ! kalau silap islam boleh jahamnam tau ? Ok lah bacalah blog saya ruangan ilmiah UMARAK DAGANG TINTA MERAH
Jangan marah haaa !
Pak Karamu,
Tenyum-tenyum selalu .... jangan garang-garang sangat ... kita nak berpuasa selang sehari lagi ni ... hehehehe ......
Post a Comment