Jom join izan

Monday, July 20, 2009

Award dari Dina....20.7.2009

Kawan-kawan sume.... ini homework lagi dari Dina...... - ada ke sesiapa yang sudi nak tahu serba sikit tentang izan ni selain Dina..... dah janji nak buat buat mesti ditunaikan. Dina ijan dah buat.... haaaa..... jan nak mintak belanja nih..... selain Dina ada sesiapa yang sudi nak belanja jan makan. tengah lapar niiii......







1.Copy badge "2009 Cute Blogger Award" diatas untuk diletakkan diblog anda.
i dah buat....... mase.... kiut gitu... :D



2.Link/ceritakan kembali siapa yang menberikan award inikepada anda.
Dina ....... link Dina di bawah sana.



3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).......

antara fakta-fakta yang rasanya betul.... mana-mana yang tersembunyi... maap lar ye

1- suka lenglong gitu........ - berangan kosong.

2- berkebun.... sejak menjak rasa dah veteran ni.... - tuk jimat kos.


3- makan..... sentiasa lapar, ada yang sudi nak belanja .... :)

4- titun.....................

5- membaca majalah - kdg dalam satu hari zan beli sampai 4 majalah. mengadap dari pagi sampai malam..... - 1 hari dah habis.

6- suka kaler hijau - ada sesapa tahu makna hijau. - kalau tak tahu boleh tanya kendian...

7- suka mencuci mata di tempat2 yang mempunyai air sungai yang mengalir ...... tenang.

8- tidak gemar mengumpul aksesori peribadi dari yang kecil hingga besar - kerana izan kurang cermat orangnya.

9- sukarnya dalam hidup untuk berkata tidak.... dalam setiap keadaan... terutamanya bila orang kata "tolong saya........."....

10- sensitif orangnya niiii......



semoga mereka yang melihat tu..... jangan lar tenyum-tenyum yea...... nanti i bagi anda... anda... anda jawab pula baru tau.... hihi....

4 comments :

dina said...

"jan, tolong belanja saya makan rojak dengan cendol dekat opis awak..." sopan tak aku mintak tolong... hahahahaa

Unknown said...

dina

aduuuu.... memang sopan gitu u, hihi .... lama tak pg situ, tingin lar pulak....

naz ilyn said...

salam izan pekabar... moga sihat dan ceria.

hihihi geli hati pulak dengar izan kata sejak menjak rasa dah veteran ni... lin pun suka berkebun gak tapi tak pernah pulak rasa dan veteran sebab berkebun ni awet mudalah izan.

Unknown said...

ilyn...

miss u........... lamanyer...

ye ke lyn.... berkebun ni awet muda .. hihi....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter