Jom join izan

Friday, April 17, 2009

Award dan Cenderahati dari mereka yang mengingati......


Award ini zan dah tangguhkan beberapa hari berikutan keadaan kesihatan yang kurang baik. zan terima dari dhiela.com. terima kasih dhiela. jika diikutkan izan belum lagi mencapai tahap yang membanggakan dalam dunia maya ini. harapan izan supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi pada masa-masa akan datang dan dapat diterima dari semua golongan dan disenangi disemua peringkat. mudahan impian ini akan tercapai walaupun lambat zan pasti masanya pasti tiba dan yakin hasrat murni izan akan tercapai. terima kasih dhiela... zan suka juga blog dhiela yang punya info berbagai.



Cenderahati ini zan dapat pula dari LotsOfLove-Pearls. Terima kasih banyak sebab kita saling mengambil berat antara satu sama lain. saling berkongsi cerita dan pengalaman. saling percaya mempercayai dan setiap yang baik itu kita percaya balasannya juga adalah kebaikkan.

Dan kesemua ini zan simpan untuk diri sendiri jua.... terima kasih kerana menerima dan mengingati diri izan.





18 comments :

Anonymous said...

tahniah dapat award dan cenderahati...moga lebih produktif dimasa akan dtg...hehe

julietchun said...

kalo dah dapat award tu kena selalu hapdate,kekekee. Dah baik demam?

dina said...

dah sihat jan?

Unknown said...

ima,

itu lar bila dah dapat award - tanggungjawab jadi lagi berat. harap2 buleh lar hihi... :D

Unknown said...

julietchun,

dah sihattt... hihi... ni yang tengah dok pikir nak kacau siapa nii.. hihi :D

harap2 buleh hapdet selalu.... (jeng-jeng)

Unknown said...

Dina,

ijan dah oke... bila dah baik cam ginilah .... perangai baik hilang hihi..:D nak kacau orang pulak ....

~Cinta Cukulet~ said...

huhu syokkan bila dapat award..saya link akak eh :D

echah_syed said...

combi dpt award ni tp lom frame kat umah.. :)

Anonymous said...

Tahniah, zan....

Maaf, ya ...lambat sampai...rempit naik kereta lembu..hi hi..

the unknown said...

tahniah dpt award! :P

~PakKaramu~ said...

Salam'

Dah jangka dah' budak Izan tu bila dah baik hmmmmm alamat mengacau orang la dia

Unknown said...

cinta cukulet,

best jugak... tapi kadang2 takut jugak....

buleh.... nanti akak link juga tuk kamu :D.

Unknown said...

combi...

hihihi.... izan dah pasang dulu yea :D

Unknown said...

k tie,

sama juga buat k tie...

sah-sah lah k tie langgar lampu merah... hihi.

Unknown said...

the unknown,

terima kasih :D... sila dtg kunjung lagi.

Unknown said...

Pakkaramu,

budak ke .... betullah budak tu kalau demam dia monyok ajer...
bila dah baik... tanduk keluar balik... :D

KTS said...

dah sembuh betul ke belum..

cuaca tak menentu sekarang ni..
jg kesihatan... :)


byk dpt award.. simpan elok2

Unknown said...

ku tak sempurna,

dah sihat betul ni... Alhamdulillah. terima kasih.

izan akan simpan baik2 buat tatapan semua... :D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter