Dalam kehidupan seharian kita, tak boleh nak nafikan - yang kadang-kadang kita suka nak mudah. Tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati orang lain secara tidak sengaja. Tak kiralah dimana saja - jika dirumah - dengan anak-anak, dengan suami/isteri... manakala ditempat kerja terhadap orang bawahan kita, terhadap teman-teman kita.
Tanpa kita sedari kita ada sifat diktator....
Bagaimana?
Jika dengan anak-anak kita akan kata "si polan, pergi ambil baju diampaian hari nak hujan". si polan itu, si polan ini........... haaa... 100% anak-anak bangunnya selepas 1/2 jam. tu pun berat nak bangun. sah-sah dia tidak akan bangun. lepas tu mulalah kita bernyanyi dangdut ka... bernyanyi rock ka.... ha.
Jika dengan suami atau isteri pula - kena arah.... "buatkan secawan kopi sekarang.... dah haus ni" .... haaaa.... sah-sah takkan dapat kopi. bila pandang sekali lagi mesti orang yang kita minta secawan kopi tu dah tak da kat tempatnya hilang tah kemana. - protes - ye lar taunya dia aje yang haus. haaaa...... nak nyanyi juga ker? hihi
kalau kat tempat kerja pun gitu gak... tau main nak arah itu - arah ini. macam orang lain takda kerja. cakap pun kasar semacam ajer..... kot ya pun kena lah bagi salam dulu ker kalau sama agama tu.
Yang penting tak kira dengan sesiapa, terutama kepada anak-anak kita atau suami/isteri kita sebutlah perkataan "Boleh Tolong......".... sah-sah mereka akan buat dengan sekali cakap saja - Insyaallah. (sekadar peringatan juga untuk diri sendiri...)
18 comments :
Ha ha.....betul tu zan..
Kak tie (seumur idup ni...) memang dah terbiasa berkata 'tolong' tu....kat budak2 dan hubby pun gitu...hi hi...
K.Izan.....
Tolong masakkan sy Rendang Ayam.
Tolong belikan sy KFC 1 bucket.
Tolong belikan sy satay Kajang Hj Samuri.....
Tolong buatkan sy kek coklat lembap.
Dan tolong pos semua ini ke Kedah ye. Lalalalalala.....
*Akhirnya, K.Izan pasti stress dgn perkataan "TOLONG". Hihihihihi....
*Terima kasih En.Posmen*
salam...
kalau kita tak kata minta tolong kang macam mengarah jer kan... jadi makin beratlah dia orang nak buat... nak suruh orang tolong kita kenalah berbahasa sikit... dengan anak pun sama... "tolonglah... ibu" perkara biasa.
Salam Izan.
Thanks for sharing.
Kita ni dah biasa takes life for granted...masa untuk berubah.
Jan, ada betulnya kata2 kau... anak aku, bila kita kata "Tolong ambil kan mak benda tu" dia cepat ambil. Cer kalau aku kata "ambik benda tu jap" mesti dia jwb "benda apa?"... huhuhuu...
saya setujuk sekali...
tapi saya suka sebut pleeeaasssseee...
lagak sket. hahaha..!!
Betul Kak Izan. Sakit hati bila diarah itu dan ini tanpa belas kasihan. Lebih2 lagi xde word keramat 'tolong' tu.
Yang dah dewasa tak payah cerita lah. Susah nak bentuk dah. Dah keras. Cuba tanamkan dlm diri kanak2. InsyaAllah berkesan. :)
kak...saya akan practik kan...
"boley tolong saya...."
best kan...sedap di dengar....
Salam.
Memang betul kita perlu berlemah lembut, berbahasa yang sesuai itu pun pendidikan juga, kalau anak-anak selalu dibiasakan begitu, nanti mereka pun akan mengamalkan budaya tersebut.
Saya pun selalu berpesan pada diri sendiri supaya menggunakan method seperti itu tetapi kekadang terlupa dan lalai.
Berpesan-pesan melakukan kebaikan seperti membuat kebaikan juga.
k tie,
yeaa.... keluarga harmoni dan ceria.
zyma...
haaa... silap tu dengan senang hati k zan tolong....
TOLONG TENGOK... hihihi
ilyn,
waaa... seronok zan, ramai para ibu mengamalkannya..
k sherry,
no problem..... kita saling ingat mengingati...
dina,
hihihi... si comel yang cute...
ana,
wamboi... oke juga tu... lagi cepat dia tolong, haha...
cahaya,
jgn tak tahu, kadang di ofis kita cakap macam tu.. pun kena marah. hihi
eiba,
yea.... cubalah.... keharmonian
leenoh,
jika dapat berpesan-pesan, rasa lapang dihati...
Post a Comment