Jom join izan

Friday, February 13, 2009

Kita bila lagi.....

Ha.... tajuknya bila lagi. Bila lagi kawan-kawan... tu lar nak cerita ni, ada satu hari tu kawan ofis ni....Azmi, kita panggil abang Azmi lah... sebab sebaya abe je, lebih kurang 44 umur dia. kita kena hormatkan orang yang lebih umur dari kita okeiii.... .
Dia ni memang suka nak mengusik.. almaklumlah kat sini ada sekuntum aje bunga kembang layu, tu pun bunga larangan pulak kan... tu yang dia suka nak menyakat.
Dia memang gitu, ada satu hari tu dia sampai je kat ofis terus serius je dia tanya, macam ni........ "Kau dah ada account tabung haji ke..?" ... "Kalau dah ada senang nak pergi Haji"...
Zan tanya balik selamba je..."Abang Azmi tanya ngapa, nak bawak saya ke"....(boleh tahan gak loyar izan ni... kengkadang jer...) ........"Saya belum ada, kalau ada niat nak bawak...daftarkan lah tuk saya - bayarkan sekali ye.." ....
Dia tanya balik..."kau nak ikut ke....?"
haiyaaa.... wa plaster wa punya mulut oooo...
Dia cerita hajat dia ngan izan... dia dah mula menyimpan di tabung haji. Simpan niat dihati nak ke Tanah Suci Mekah jika ada umur. Alhamdulillah... . Dia kata lagi kalau tak simpan dari sekarang, lambatlah lagi nak jejakkan kaki di Kota Mekah. (semoga Allah perkenankan hajat dia)
Terfikir juga kata-katanya tu. Betul apa yang dia cakap tu... zan, persediaan pun belum ada. Kalau menyimpan dari sekarang sedikit demi sedikit, tak mustahil 10 tahun akan datang atau kurang dari itu zan dah boleh jejak kaki ke tanah suci.
Niat dihati dah ada, cuma waktu nak memulakan belum kesampaian lagi.... sesekali bila diagah orang baru tersedar ada benarnya.... Kita bila lagiiiii....

12 comments :

Tie said...

Insyaallah...

Ada umur, ada rezeki, kita pergi, ek!

Pergi ramai2....he he...

naz ilyn said...

salam...
insyaAllah... semuanya dah termasuk dalam perancangan keluarga... doa semoga ada rezeki dan di beri kesihatan yang baik... nanti bolehlah kita jumpa kat sana yer izan.

CAHAYA said...

Alhamdulillah. Kalau dah pasang niat, tak lama la lagi tu. InsyaAllah.

Cahaya baru je daftar awal januari ari tu. :) Tak sabar rasanya.

Anonymous said...

insyallah. samapi seru tu time kita pulak kan kak zan...

Unknown said...

k tie,

hehe ...

insyaallah .... teringin juga nak pegi tambahan waktu dengar lagu lambaian kaabah... sayup je...

Unknown said...

ilyn,

insyaallah....harap-harapnya.
(abe zan takut naik kapal terbang... dia suruh injet waktu kalau nak naik kapal terbang.. huhu)

Unknown said...

cahaya,

awal dari k zan, waa.. bestnya, ini yang buat tak sabar nak daftar juga.

semoga tercapai niat cahaya nak ke kota Mekah.. insyaallah.

Unknown said...

Ana,

ye lar ana.. bila dah habis kerja-kerja kita kat sini dan simpanan pun dah cukup, insyaallah sampai juga kita kesana... daftar dulu ana....

ateh... said...

hai kak izan...ni ateh ni.hahahhaha

wah best nye ade pemikirn mcm tu..alhamdulillah la.atehd ah g tau.sbb klu dari cni murah je.dlm rm2000 je.tu yg ateh amik kesempatan g dulu.tp kan...

tau2 la klu muda2 g ni.kesan haji nya tu..lambt nk menyerlah.hahahahhaha

puspawangi said...

Insyaallah. sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Jika ada rezeki sampailah tu.

Unknown said...

ateh,

amboi..hepinya balik dari bercuti ni. ada terfikir tu.. tapi kena fikir balik secepat mungkin ni...

tu lar yg k zan tau.. klu dari jordan & dubai mmg murah... ada info. tapi k zan ni camanelah nak mula dari sana... mula dari sungai buayalah.. haha.

ini nak nakal lagi tu... tu yang lambat sngt kesan menyerlah.. betul takkk.. betul kan. waaa... dah Haji pun ateh rupanya.. bila ada peluang jgn lepaskan....

Unknown said...

kak puspa..

besar harapan tu, mudahan kita semua berpeluang... :)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter