Jom join izan

Wednesday, February 11, 2009

Apa mahu lagi...

Tahu tak..........!!!! orang kata jangan takut membina impian. Kadangkala impian tak mungkin jadi kenyataan. Kalau usaha lebih tinggi mungkin dapat mencapainya satu hari nanti... . Satu hari nanti !!!!!...

Apa impian izan .... ha ha.. impian izan... tolonglah bagi cadangan apa yang boleh zan impikan.

14 comments :

~PakKaramu~ said...

Salam

Izan boleh jadi agen kepada Etika emas

naz ilyn said...

salam...

petang-petang macam ni apa lagi suri rumah macam ilyn ni buat kalau tak melayan anak-anak buat keje sekolah lepas tu antar anak ke sekolah agama... sesekali layan internet.. lepas tu ambil anak sekolah... antar anak g ngaji... mandikan anak... memang tak kering tangan... malas nak buat makan petang selalunya adalah orang pon pon pon jual roti lah jual kueh lah sediakan duit jer... hihihi

p/s: ilyn nak bela ikan keli... izan bolehlah kalau nak cuba.

Unknown said...

Pakkaramu,

itu macam agen takaful ajer.... mcm kenal aje..

Unknown said...

hai la ilyn....

bilala izan dapat duk rumah pulakkkk..... takpalah kena buat sume tu... janji penat dapat tido boleh tak... huhu, ini kalu k tie nampak ia ketawa niii....

ilyn nak buat masak apa keli tu... buat belada cili hijau sedap gak tu...ker nak bakar saje.

Anonymous said...

saya tahu apa impian kak zan...
nak buat kebun terbesar didunia belakang umah. hehe...
lawak je okeyy...

Tie said...

Kak tie tak tahu la, ekk...

Sekarang ni tumpuan pada anak2 je...selalu berdoa agar semuanya berjaya...

Untuk impian sendiri tu, mungkin harap agar dapat cukupkan amal je...

Unknown said...

ana,

mana de..hehe, tak luas pun... asal jadi pun ok gak kan... bila berbuah sok leh gak makan anak2 dan sesiapa yang ada.

heemmm... itu impian juga, impian ana apa.

Unknown said...

k tie,

impian k tie tu juga, selalu saya fikirkan.... top up mana yang kurang. itu impian juga....

terima kasih k tie....

CAHAYA said...

salam.

impian itu datang dr diri sendiri. kadang² kita tak tahu apa yang kita kejar. Tetapi alam sekeliling boleh bantu kita. Keluarga. Sahabat. Yang ada disekeliling kita boleh bantu untuk kita capai apa yang kita impikan dlm hidup.

Kak izan dah tahu?

Catwoman said...

Sy suka bila berckp ttg IMPIAN,K. Izan.
Semua org ada impian, tp mampukah kita m`capai impian yg kita impikan tu andai tiada usaha yg dilakukan? Ramai org impikan nak jd kaya raya...hidup senang...maju...& sbgnya.
Tapi jika kita tak berusaha utk m`capainya.....IMPIAN hanya tinggal IMPIAN.
Sy sanggup amik cuti TANPA GAJI semata2 nk usahakan IMPIAN. Makan gaji bukan bererti kita tak akan maju....tapi,kita akan kekal di takuk lama.
Sy melakukan byk perubahan dlm hidup bermula tahun 2009, K.Zan.
Bina perniagaan bersama family, bina kasih sayang bersama Hubby & anak2......
Even my father org yg berkedudukan dlm politik & mempunyai empire perniagaan hartanah & perumahan di Petaling Jaya, pada sy itu harta dia. Tapi sy sbg anak...usaha itu penting untuk maju & tambah harta.
Sy berpegang pd prinsip & disiplin diri - D.U.I.T (Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal). Insya Allah, apa yg kita usaha dgn keikhlasan & nawaitu betul - pasti kejayaan mengiringi kita,Insya Allah.
K.Izan, teruskan mencari & kejar impian Akak. Jgn putus asa.
Cayang K.Izan.
Muahhhhhh....

en_me said...

hi akak izan tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannnns..

Unknown said...

cahaya..
betul tu... sebenarnya kadang-kadang kita tak pasti, betul ke keinginan kita, bila ada panduan dari masyarakat yang ambil berat, walau tak semua sedikit tu mesti kita terfikirkan pendapat yang dikeluarkan....

cikit2 lama2 dapat inspirasi :)

Unknown said...

zyma,

k zan baru nampak prinsip D.U.I.T... ini boleh jadi panduan juga. dalam kejar impian jangan lupa pada keperluan diri sendiri dan jangan sampai terlupa nikmat yang ada disekeliling kita seperti keceriaan, keseronokkan dan sebagainya yang mana boleh membantu sedikit jiwa dan minda kita untuk bersemangat dalam menjalani pekerjaan dan kehidupan.

semoga zyma akan terus maju dan berjaya esok dan hari2 mendatang. seronokkan bila kita cerita bab impian ni..... ada jugak yang boleh dijadikan panduan. makacehhh... alar cayang gak kat zyma yg monte carlo haha..tambahan.

Unknown said...

en_me,

hai me tewwww gaksss....yesss.. ari ni friday tomorrow saturday, don't forget heee.... tq ingatkan k zan ni supaya ati2 dijln raya..... jenguk k zan selalu ye.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter