Alangkah seronoknya kalau dapat duduk rumah selalu....setiap kali lepas buat kerja rumah boleh tido. Alangkah beruntungnya siapa yang duduk dirumah ..... bagi izan yang bekerja memang ternanti-nantikan bilalah boleh duduk dirumah. Sampai bilalah nak bekerja niiii....... wadu-wadu, merungut ke ni... merungut ke ni... hiiiii..... ini gara-gara Sabtu kena kerja. Bukan setiap minggu kena kerja. Sebulan sekali aje....tapi dalam kepala dah set, waaaa......bestnya coti. bestnya coti....kena kerja. grrrr....anak-anak pun sibuk, hari ni ibu kerja...tak payah kerjalah bu. ini yang tak bersemangat ..........
Sekadar menghabiskan masa 1/2 hari di pejabat....mood kerjaa.....mood berborak jer harini. Tapi zan buat apa .... buat lah apa yang patut.... yang anda sedang tatap sekarang, itulah kerja zan hari ni....hihi.
Nampak tak pic ni..... lepas bagi makan ikan, ambik pic pula...harini ikan-ikan tu takut dgn zan.. dia lari bila nampak zan....tu yang seronoknya, zan lari kiri..ikan lari kanan. izan lari kanan ikan lari kiri...haha...mesti dalam video boss tengok apa zan tengah buat. TETTTtt......
Macam nilah kerja zan sekarang...datang pagi sebelum buat kerja, bagi makan turtle bagi makan ikan. huhu...rupanya zan pun dah ngikut orang jadi penternak ikan....yang penting zan "HAPPY".. kat rumah tak larat nak jaga akuarium ni..banyak kerja.
Lepas balik kerja hari ni..kami nak celebrate birthday Lilian. Tak taulah boss nak bawak pegi mana makan-makan lepas balik kerja nanti. Banyak rancangan zan hari ni....nak cari pokok pelam kawin kat Sungai Buloh balik dari kerja nanti. Nak jadi petani kecil pulak lepas ni...dah tiga tahun tanpa pokok buahan. Anak pokok pisang zan pun dah mengeluarkan daun. Pokok kunyit pun dah mengeluarkan daun. Nak semai benih pokok cili pula nak tanam pokok pandan lagi petang nanti...Wahhh...seronoknya. Jiran izan-Kak Enon bagi semangat suruh menanam banyak-banyak pokok yang menghasilkan buahan. Seronoknya bila tengok dia menyiram .. dan izan pun menumpang hasilnya. Hehe... zan pun nak cuba macam dia ... kepada semua cubalah pula menghasilkan tanaman. memang memuaskan hati dan menyeronokkan. Satu pekerjaan yang tidak sia-sia juga, yang penting hati sentiasa tenang ..... mudahan satu hari kita akan merasa hasilnya..............
wadu-wadu...
14 comments :
cahaya dah lama tak cuti ari sabtu. tak best la. jeles ngan kakak dan adik dok umah. huhu.
salam...
isyhh tak boleh ler nak tido jer... nanti bertambah berat badan..ho ho ho
sy kat rumah baru semai pokok cili kampung daun kesom pun ada... ingat nak tanam pokok kunyit pulak...
p/s: seronok bercucuk tanam... kalau hasilnya dah dapat kita nikmati lagi best
cahaya,
k zan suka cuti hari sabtu bukan apa... ehem..faham2 jelah..yang dalam bakul penuh tuuu...hihi
jangan sedih...4 jam je hari sabtu tu. balik dari kerja cahaya rehat ya..
naz,
tak leh lebih tido ye...haah lah..betul juga... aahhaaa...
tapi kalau dah dekat rumah kelopak mata ni bagai ditolak-tolak aje..hihi
naz pun suka menyemai ye.. tu lar..pokok kunyit tu zan guna sikit2, sekali bila tengok lagi .. dah ada tunas. tu yang tanam aje lah. daun kesom pun ada ... ini mesti selalu buat asam pedas tak pun laksa...mmm...shedapnya..
betul naz.. rasa puas hati bila dapat guna hasil dari tangan kita menanam... kena buat kempen hijau sesama kita ni..hiii...
wah..wah..kak zan,
boleh multitasking kakak ku ini.
kejap2 jadi panternak pastu jadi petani plak. bagus2, wanita zamana sekarang. serba boleh. ewahhh. hehe..
saya pun suka kalau kat umah ada akuarium. tapi tak larat nak jaga lorr..
zan..zan..jgn main lari2 ngn ikan..dia takut tngk awk kot..takut awk tngk boring2 tu tibe2 jadi kucing jadian lak,huhuhu.salam perkenalan
Adoi izan...dulu masa kak tie kerja, memang impikan dok rumah je..tak payah berdepan dengan boss yang cerewet dan sombong tuh.
Tapi bila dah jadi fulltime housewife ni rasa bosan pulak. Kerja tak pernah surut. Sampai nak tido pun masih terfikir nak buat apa.. Bukan letih fizikal tapi minda. Rasa lebih elok bekerja je..dok terperap dlm rumah ni lama2 naik berkulat otak nih!!
out of topic--> ops sorry kak...bnde nie just pemberitahuan sahaja.. keistimewaan bnde nie nk kumpulkan kamuniti dunia maya untuk berkongsi pandangan dan info melalui laman forum.. projek nie masih belum siap lg...cuma masih di fasa pembinaan
ana,
semuanya k zan ni minat nak buat, tapi sesetengah perkara tu kalau k zan sorang memang tak mampu nak buat...
k zan nak jadi superwoman, tapi selalu minta tolong superman ...camane tu.
Apapun ... kalau boleh setiap perkara k zan tak mau ketinggalan. jom ana kita menyangkul belakang rumah...hihi..
k tie,
ado mak aii.... kerja ye.. huhu...
kerja jangan tak kerja...tak nak berkulat. tak nak tido pun kena pikir nak buat apa...
k tie kerja pun penat juga minda, asyik dok pikir nak saman sape..sape yang salah..sapa yang patut kena hukum..huhu..sama juga..
ateh..
hihi...kalau ikan yang takut zan jadi kucing jadian tak apa... tapi yang takutnya boss ingat zan otak tak center jer...
ikan tu nak main baba cak...hi.. salam kenal dari zan juga..
framestone,
rasa macam nak kongsi apa info yang nak diketengahkan.. walaupun belum betul2 jelas tajuknya.
kalau ada pembaharuan jgn lupa inf.. ye. (cuma nak tahu apa yang diperbincangkan...)
Salam izan,
Bila2 cuti mai lah lepak2 kat Kuantan...boleh sembang2 kat kopitiam.
sherry..
belanja kat kopitiam ye.. hihi.. macam nak ajeee... kuantan sherry kat mana, rasanya memang itu destinasi zan...bolehlah kalau sherry sudi, insyaallah klu tak da apa aral..
Post a Comment