Pernah tak terfikir..........
kadang-kala kita seperti kanak-kanak yang kurang sempurna akalnya......
Pernah tak terfikir..........
kadang-kala kita seperti insan-insan yang kurang sempurna kudratnya.....
Pernah tak terfikir..........
kadang-kala kita seperti makhluk asing yang baru mendarat di bumi.......
Pernah tak terfikir..........
Bagaimana untuk menjadi seorang dewasa
yang mempunyai kualiti dalam menghadapi hidup
yang kuat dalam menghadapi rintangan dan dugaan hidup
yang teguh pendirian dalam menghadapi hidup........
Ibarat lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan.....
dewasa dan kanak-kanak
tawa dan airmata
lama dan baru
hakikatnya kita insan kerdil dan lemah .......
tetapi mempunyai kekuatan dalaman yang mampu membuat kita berdiri megah...
benarkah itu......???
Jom join izan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
10 comments :
Salam....
Kekuatan dalam ini penting...tetapi kekadang...kekuatan dalaman ini cam cerita hindustan gak....bila hari hujan....cam nak nangis pun ada...tapi...padahalnyer....tak ada apa-apa....so......
Apa-apa pun...jangan biarkan emosi mengawal akal.....
Akal sepatutnyer mengawal emosi......
chekdee,
betul tu, kita kena biarkan akal mengawasi emosi..
di situasi yang berbeza izan juga mengalami saat2 kejatuhan harga diri, perasaan, mental dan semua yang melibatkan jiwa dan akal.
tapi sentiasa cuba membaiki diri.. insyaallah. apa yang berlaku zan anggap ujian ....
dendam bukan penyelesaian....
Betul kata chekdee tu....kalau emosi mengawal diri tentulah padah yang menanti...
Kak tie - sentiasa hati2 dan bersyukur.....
k tie,
dunia ni penuh dengan pancaroba...
terima segala dengan hati yang terbuka.
salam...
kekadang perasaan dalaman ingin diluah... mencari tempat bersandar bagi mententeramkan emosi... hanya berbekalkan kekuatan dalaman kita masih lagi di sini
naz,
betul tu..kadang2 di sudut hati ada perkara yang nak diluahkan...
tapi bukan semua orang boleh memahami...
hei hei hei .... tenyumlah... ini sebahagian kisah hidup masyarakat.
kekuatan untuk berdiri megah takpe. jangan kekuatan untuk bermegah2. bahaya tu. :)
cahaya,
betul tu..ibarat pokok padi... makin berisi makin tunduk.
tiada siapa yang rugi atau untung
Zan....nanti datang ambik award, ekk.
k tie,
award ye...makaceh. nanti zan dtg ambik... makaceh.
Post a Comment