Lagi tag dari intan 18.11.2008
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
8 comments :
Terima kasih kak Zan sebab menyiapkan homework yg Intan bagi.
Homework ni adalah tanda ingatan Intan pada kak Zan..selalu ingat kak Zan..Sampaikan nk bg homework pun, msti ingat kak Zan. Harap kak Zan tak marah ya..
Cantik la tulisan kak Zan..Kemas dan berimej menarik.. :)
kena tag yer.... cntk h wrtiing izan..
Intan...
k zan suka je tambah2 buat masa ni nak cerita pasal bab masakan k zan tak punya kesempatan masa.
sesekali main mcm ni seronok pula, buat k zan senyum sorng2.
kalau diikutkan k zan ni jenis sedikit cincai.. :D terima kasih sbb selalu ingat pada k zan yg jauh ni... :-)
idea yg baguzz hilag ngantuk hee..
cuma cuba cari perkataan yg leh ganti huruf D n G supaya keyboard tak tertinggal dari CAT..???
A>>Z..sesiapa ada idea.testting keyboard dan mesin taip
ye la kuina,
zan kena tag dengan intan. malu tersipu ni... kurang tu sebenarnya... sebab jarang2 menulis lebih banyak menaip lagi.
zeqzeq,
i selut u.... saya orang baru.... minta tunjuk ajar dari otai...
memang kdg2 perkara mcam ni ubat hilang ngantuk..... apa pun A>>Z..nggak ....letihlah nak taip A to Z. Taip dari Z to A ok kot... sebab bila dah mengundur .. cerah sikit mata... takut tersalah tekan.. hihi
izin copy salah satu tgn ..lefthandright hand
zeqzeq..tangan pun boleh klon???...
ekekee...
Post a Comment