Jom join izan

Sunday, October 26, 2008

suasana baru......

Jika sewaktu di Petaling Street dahulu suasananya sangat sibuk berbanding suasana disini agak tenang dan damai. Persekitarannya tersendiri. ini pemandangan dari pintu masuk ke pejabat..


Kadang-kadang sampai awal sangat taklah terus naik keatas, singgah dulu beli paper kemudian duduk kat tepi kolam ni baca berita terkini sambil melihat gelagat manusia yang berbagai ragamm.....


Bila dah cukup time... tempat zan disini lahhh.... memerah minda sampai jam 6.00 petang.


Ada masa kita diatas, adakala kita dibawah............... merendah diri tidak bermakna terhapus harga diri ....

7 comments :

dina said...

wahhh.... ada kolam... tensen2 buleh terjun

Anonymous said...

huah ha ha ha.... lawax mu dina.. idea yang baguih.... terer mu dina. napelah tak tepikir.

dina said...

kau terjun tu tengok org gak jan... jangan terus terjun, mana tau kot lemas....muahahaha

Anonymous said...

Dina, kita main air di tepi-tepi ajer.... taknalah pakai baju tak bertangan tu... haruu..

kuIna said...

bila panas leh mandi manda kat situ tak? hehe buat2 la nak mandikn kura2 tu ..

Anonymous said...

kuina,

ku kik kik..ku kik kik... cannot tahan nak gelak manjang jer... kelakau amat... boleh kubayang kan .. izan dan kura-kura kuk.... apa pun timacehlah dengan idea tu...wa haahaha..

ikram said...

hum pelik sugguh pic kompter tuh...
mmg x ada ruang untuk mouse begerak pom..x pernah guna mouse ker>>nie mesti asik guna shotcut keybord jek

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter