Jom join izan

Monday, September 15, 2008

Tag dari eiba 15/09/2008


Tag dari eiba ni ... kih kih kih ... mari tengok apa zan jawab.... tapi rules dia zan tak boleh ikut .... amacam, okei....

7 Facts About Me!

1. Suka sangat dengan perkara2 yang berkaitan dengan komputer, bila dah memomen mesti sampai rosak program. lepas tu samada pergi kedai programkan semula ataupun buat muka cam pening ajer.

2. Suka tidor...kalau dapat tidor tak ingat dunia. apa cara mesti nak tidor sekejap.(pernah terdengar adik ika kata dengan abang iwan, "ibu dah tidor, jom kita keluarrrr"-dia ingat ni citer p ramlee ker)

3. Suka baca suratkhabar, kalau dapat baca pon tak ingat dunia, tak dapat habis 1 naskah setidaknya yang penting mesti dapat baca 1-2 kerat.

4. Suka makan.... kalau dapat makan ... tundukkkk jer ... macam malu -malu aje... tapi sebenarnya cuba menikmati keenakkan makanan tu.

5. Suka memerap dalam rumah, .... nak tenangkan minda yang penat bekerja...

6. Suka nonton cerita hindustan walaupun citer sedih, setidak-tidaknya bila diperdengar kan melodi walaupun tak tau makna hati seronokkk jer (tak taula ngapa...)

7. tak suka perkara yang serabut...sebab zan ni jenis simpan dalam hati, jadi kalau boleh cepat2 cari penyelesaian supaya jiwa dan perasaan tenang dan damai..insyaallah.

eiba, amacam okey tak k izan ni. ini betul tau bukan rekaan semata. jadi selesailah sudah tugas k izan. mudahan eiba hepi..begitu juga dengan teman-teman yang lain. eiba jari k izan dah lentikkkk...sape nak jawab ni...hehehe..

4 comments :

mohad said...

salam.. apa khabar...

Anonymous said...

salam ijad, kabar baik...

Eiba said...

Fuiiiyyyoooo..kak izan..rumah cat baru tu...my favarite kaler...tuuu..Jari kak izan dah lentikkk..uiiii..menawan tuu...kalau pakai cincin memang cantik giller kan...

Anonymous said...

hikkkkssss eiba, hijau tuuuu...... ada maknaaa......

eiba...taknaklah pakai cincin..dah cantik pakai cincin gilller pulak...wah haha... apapun hidup mesti ceria...........

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter