Kad raya dari akak.....24/09/2008
Kad raya dari akak buat zan....cantik gambarnya menggamit perasaan.. mudahan akan sampai kesini satu hari nanti insyaallah. Kepada akak zan ucapkan Selamat Menyambut Syawal yang pasti tiba dan kita nanti-nantikan....juga kepada teman-teman yang lain mudahan gembira dan ceria selalu.... cuba lihat persediaan, dah cukup ke...nanti disaat akhir ada yang tertinggal pula.
Ampun dan Maaf dipinta dari tangan ke hati.......... tangan bersalaman hati memaafkan...... alamak mana pernah dengar iklan ni..... hihihi.... apapun kita insan biasa....kadang2 dalam bergurau terkasar...tersilap... kita tak sedar, jangan simpan didalam hati yer.... bukan izan sengaja melainkan tak sengaja.... "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI" ....ceria selalu ok...
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
4 comments :
Salam zan...
Akak pun sama ingin mohon maaf dari Zan andai ada salah dan silap samada yg disedari maupun tidak yea..
Selamat Hari Raya..
Salam akak,
sama-samalah kita. semoga ceria di Aidilfitri......
selamat hari raya
eiza,
selamat hari raya juga buat mu...
Post a Comment