sambal udang & sayur bawang putih
Harini masak untuk makan malam, izan sediakanlah sambal udang yang dimasukkan bersama bawang putih. ni ... mak izan yang rajin buat camni. ada sesetengah orang tak suka bau atau rasanya bila dah dicampur dengan sayur bawang putih ni. tapi sebenarnya sedap.... kadang2 masak semacam jer lauk ni tak pun zan tambahkan dengan telur goreng mata kerbau tu kemudian dituangkan kicap sambil tu buat bawang goreng taburkan atas telur goreng haa... tu jela lawannya. sambal udang bersama sayur bawang putih ni dengan telur goreng ...... memang habis.....
Bahan
RM2.00 sayur bawang putih (Garlic Vegetable)
300 gm udang
asam keping
garam secukup rasa
ajinomoto
minyak
sedikit air biasa
Bahan giling
RM0.80 cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
caranya
panaskan minyak, masukkan bahan giling kacau hingga agak garing dan pecah minyak masukkan sedikit air biasa, sedikit asam keping, garam secukup rasa dan secubit ajinomot. kemudian masukkan sayur bawang putih kemudian dikacau hingga agak empuk baru masukkan udang. kacau hingga sebati kesemuanya dan biar seketika hingga masak - perlahankan api. kemudian bolehlah diangkat.
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
2 comments :
saya panggil sayur bwg pth tu buah bwg pth. hehehe..tapi sambal udang dgn buah bwg pth tu mmg fav saya la.... susah nak dapat cari buah bwg pth ni..kdg2 je ada jmpa
saya..ye ke. panggil buah bwg pth. kita geng lah, sedapkan. biasa klu kat rwg ni zan cari kat bintang, klu kat pasar mlm pn ada juga.. (izan memang suka mkn mcm ni, ada lauk campur sekali dgn sayur)
Post a Comment