Jom join izan

Wednesday, August 13, 2008

10 tahun menyemai kasih akhirnya terlerai jua.....

Hari ini aku mencari kekuatan utk menghadapi hari esok.... mampukah aku melakukannya. setelah hampir 10 tahun menganyam kasih bersama "Anuar Hong & Ong".......... kuharap panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari.
Aku tidak mampu untuk menanggung seorang diri .... dan selama ini kurasa aku begitu kuat dan mampu berdiri sendiri ... tapi kini seiring dengan usia, aku makin hari makin lemah... dan tidak mampu meneruskan perjuangan sendirian.
Dan kini tinggal 30 hari dimana aku menghitung hari tidak sabar untuk melarikan diri dari kemelut ini. Aku nekad pergi dan tidak akan menoleh lagi... walau hatiku dipujuk... aku akan terus mendiamkan diri sehingga tiada siapa mampu untuk bertanya lagi ... kerana aku tidak mampu untuk bersuara dan menyuara ........
Aku mencari tempat bergantung yang kuharap dapat memberi kedamaian dan ketenangan hati walau terpaksa bermula dari awal, aku akan belajar dan terus belajar sehingga aku mampu untuk berdiri semula dengan gagah dan megah ... aku tidak berputus harap ......
Dimanakah aku nanti ..... tungguuuu..... sikarang tak buleh cakap ... kerna aku kena menghadapi tentangan dan rintangan disini dahulu .... tapi aku tidak akan berundur sekali aku telah membuat keputusan pasti. Dan aku pasti ......

6 comments :

intansabreena said...

Mane Kak Zan ni..merata2 cari kak Zan tapi tak jumpa punn..

Anonymous said...

intan...

masih disini... hehehe...

my little family / kaftanbatik said...

apa maksud yg tersirat dibalik yg tersurat ni? :-(

Anonymous said...

apa maksud ..... klu diikutkan dah lari maksud ... tema lari habih... takda maksud yang termaktub ... tunggang langgang dah .... cuma sedap pada sebutan je mama anis...

umi_e said...

salam... yakinlah dengan ketentuan-Nya... Apa yang berlaku sebenarnya yang tebaik oleh-Nya :)

Anonymous said...

Terimakasih kak e, adakala kita terpaksa membuat perubahan drastik
insyaallah, rezki ada dimana2, cuma bgmana usaha kita utk mndptknnya. mudahan dengan izin Allah, sy dpt apa yg dicari... buat kak e juga dan semua teman2 .. mudahan berjaya dalam hidup hingga ke akhirnya.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter