kangkung belacan .....
kalau abe zul ke pasar ... kangkung mesti ada .. menjak 2 3 menjak ni aje ....
suka benar dengan kangkung belacan .. akhir2 ni nak menumbuk buat sambal belacan memang tak larat dah ... rahsianya akak sentiasa ada sambal belacan ..
"belender" .... dapat semangkuk besar sambal belacan .. akak simpan dalam peti es ..
jadinya hari2 sambal belacan ... simpan rahsia ni ya ... da tak mampu akak nak menumbuk selalu :D .. ok selalunya dalam sambal tumbuk ni dah letak msg lebih. jadi bila buat kankung belacan akak letak sedikit aje garam tanpa msg.
kangkung belacan
kalau dalam FB kekadang ternampak cerita tentang sayur yang tidak dibasuh dengan betul dan kesan yg kadang kala agak ngeri .... terutamanya kalau kita makan diluar rumah. fobia akak .... selalunya akak tak baca cerita ngeri .. kalau ternampak pun tanya dengan kawan2 yang ekstrim ... mesti mereka dah baca ...
jadinya sejak hari itu... batang kangkung ni akak mesti gunting jadi dua baru dikerat-kerat.
Bahan
seikat kankung (diasingkan daun dan batang)
sejemput ikan bilis
1 sudu kecil sambal belacan
5 tangkai cili api dipotong kecil
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang merah
minyak
garam
sedikit air
caranya:
1. panaskan minyak
2. masukkan bawang kecil dan bawang merah yang telah dihiris bersama cili potong
3. goreng sehingga naik baunya dan masukkan ikan bilis kacau lagi
4. masukkan sesudu sambal belacan
5. masukkan batang kangkung sehingga sedikit masak dan masukkan sayuran kangkung
6. kacau dan letak sedikit air dan garam secukup rasa
7. angkat dan hidangkan
... kadang-kadang bila ditanya arini ada masak apa sepesel ... tak ada apa yang sepesel ... tapi jika niat dihati ikhlas kerana Allah Taala, insyaAllah makanan tak spesel pun tetap dijamah dengan penuh kesyukuran .... (selalunya dalam hati pasti berkata ketika jamahan sedang enak dikunyah: Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan makanan yang enak2 belaka) ... senyum mesti selalu... :)
No comments :
Post a Comment