Jom join izan

Monday, September 23, 2013

Pengat Labu Manis ....

Pengat Labu .... makanan kegemaran akak izan ... terutama kalau bulan puasa ...
selalunya kalau bulan puasa jarang masak manis2 macam ni ... tapi bila abe zul nampak dimana2 tempat biasa dia pergi ... mesti ada semangkuk tafufah kecil untuk akak izan nih ..... 

tapi bila ada kelapangan .... beli 1/2 biji labu .... buat sendiri ... tuk makan berdua okey lah kalau 1/2 biji labu ... anak-anak tak berapa minat ... sebab tak mahu mencuba ... siapa yang suka letak sagu mata ikan tu boleh lah letak ... tapi akak tak berapa gemar ... sebab kuahnya akan menjadi terlalu pekat ... 


mudah sangat buat ni, tambahan santan beku ada .... jadilah hidangan tengah malam tadi .... pagi nak ke opis panaskan dulu buat bekal sarapan pagi ...


Bahan

1/2 biji labu
secubit garam
2 sudu sederhana gula merah
(kalau suka nak tambah gula pasir sesudu - tapi akak tak letak pun)
RM2.00 santan (boleh ditambah untuk menambah kepekatan mengikut kesesuaian rasa sendiri)
1 cawan air putih (boleh ditambah untuk mengurangkan kepekatan mengikut kesesuaian rasa sendiri)
2 helai daun pandan

cara memasak

1. dipotong dadu
2. masukkan kedalam periuk labu, 1 cawan air, secubit garam dan santan ... kacau         hingga labu hampir empuk ... 
3. cairkan gula merah bersama 1/2 cawan air putih ditapis dan masukkan air gula           merah kedalam periuk bersama 2 helai daun pandan yang telah diramas
4. kacau lagi hingga agak empuk (jangan terlalu lembik) ... pada masa ini boleh               dilihat samada perlukan kuahnya cair maupun pekat .. dan tambah mengikut                 kesesuaian
    (jika suka nak manis lagi .. boleh tambah gula pasir sesudu)
5. ambil garpu .. cuba ditekan labu .. jika bentuknya tidak hilang dan labu telah             empuk tutupkan api dan angkat periuk dari dapur






jika terlalu empuk labu akan menjadi cair ... dan rasa kurang sedap ..... 

:) ... tanamkan selalu dalam hati setiap perkiraan dan perbuatan kita kerana Lillahi Taala ... maka setiap pekerjaan akan menjadi mudah dan kita ceria melakukannya .... ikhlaskan hati sucikan hati .....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter