Jom join izan

Friday, October 3, 2008

gelagat raya kedua

ini suasana kampung abe... amboi2 melepak sakan... ambik angin

ini adek bocu abe....ngan mak ye yg kita panggil makcik.... kak long ngan yang lain2 bertempiaran lari bila kata nak masuk dalam blog...
tengok la tu raya anak bersama sebahagian sepupu sepapatnya...pengaruh kaler tu memang kuat...

tengok tu masing2 jerit... mak lang, mak lang...ambik lagi gambar kita orang.... boleh tu...siap pozing sendiri punya tak yah cakap...
ambik kesempatan juga lah mokcik ni.... ingat budak kecik jer ke nak bergambar, mokcik pun rajin gak...

6 comments :

mohad said...

banyaknya pokok padi tu...

Anonymous said...

ijad...pokok padi ye...huhuhu...

lom leh di tuai gi...

Akak said...

Salam Izan..

Meriahnya raya dikampung, dah lama tak tengok pokok padi, rindu tu..

Anonymous said...

Salam akak,

memang best ..tambah tambah dulu anak zan yg lelaki kuat mancing..lar ni zan larang...kalu tak habih digagau (org banjar kata) ikan puyu. tapi padi masa ni belum buah lagi baru anak.....

ras-adieza said...

la..nape deorang lari bila nak masukkan dalam blog. glemer apa... kalau famili akak siap serah diri..hehehe..

Anonymous said...

tu lar...lari semua....mereka low perofil hehehe...(perosak bahasa nih)...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter