Jom join izan

Friday, May 2, 2008


Menu semalam dipagi hari, cuti hari buruh.
Terasa nak makan roti gulung sardin lah pulak. Buat juga.... dek barang dah disiapkan malam sebelumnya. Menggorengnya guna minyak yang banyak. Kolestrollllll la.... ah biarlah bukan selalu. Lain semua oraitt je... cuma adik je yang tak minat.

Antara bahannya:

1 buku roti (Gardenia/High 5)
1 tin besar sardin
3 biji telor
1 biji bawang besar
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih(ada orang tak suka)
8 tangkai cili padi
asam keping
secubit garam
minyak masak.
cara-caranya:
1 biji bawang besar di belah bulat. 2 ulas bawang kecil dan 1 ulas bawang putih dipotong hiris nipis. Cili dipotong kecil. Panaskan kuali yang telah diletak sedikit minyak masak kemudian ditumis bahan-bahan yang telah disediakan tadi sehingga naik baunya. Kemudian masukkan sardin sambil menghancurkan isi sardin tadi didalam kuali. Letak bersama secubit garam dan suku asam keping(jika nak rasa lebih masam). Dah siap ketepikan. 3 biji telor tadi dipukul sedikit kembang bersama sedikit garam. 1 buku roti dibuang tepinya(tidak dibuang tidak mengapa). Kemudian dengan menggunakan sudu kecil mulalah meletak sardin pada roti. kemudian digulung roti berhati-hati dan digamkan penghujung roti bersama sedikit telor yang telah dipukul tadi dan lekatkan kemudian diasingkan dahulu. Lakukan sehingga habis.

Panaskan periuk bersama minyak. Direndam roti yang telah disiap gulung tadi kedalam baki telur yang telah dipukul kemudian goreng seketika agak kekuningan dan diangkat. Telah siap semua boleh dihidangkan.
Sekian terima kasih.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter