Jom join izan

Friday, April 25, 2008

Dari, Dr Rusinah Siron (Harmoni)

sebahagian petikan artikel:

Maksud cantik sebenarnya luas. Ia melibatkan aspek fizikal, mental, psikologi dan spiritual. Namun masyarakat kini tersilap kerana terlalu mementingkan kecantikan fizikal dan ia bagaikan satu persepsi yang sudah melekat dalam minda masyarakat yang amat sukar untuk diubah.
Ditambah pula dengan dorongan untuk cantik disebabkan oleh faktor dalam atau luaran. Maka wanita mula mempersoalkan apakah dirinya kurang cantik.
Sungguh begitu, itu tidak bermakna wanita dihalang untuk tampil cantik kerana kecantikan juga perlu diberi perhatian.
"Tetapi maksud kecantikan perlu diperluaskan. Tidak perlulah kita bermati-matian untuk cantik. Pandanglah kecantikan dalam aspek yang lebih luas. Percayalah kecantikan sebenarnya berjalan seiring mengikut pertambahan usia. Misalnya, sewaktu usia 40-an lebih menjurus ke arah kematangan, kebijaksanaan serta keanggunan," katanya lagi.
Bagi Dr. Rusinah, wanita Malaysia sebenarnya menyedari mengenai risiko melakukan pembedahan kosmetik tetapi godaan untuk tampil cantik melebihi segala-galanya. Disebabkan itu, mereka seolah-olah memejamkan mata kerana tarikan kejayaan selepas menjalani pembedahan kecantikan cukup hebat.
"Jadi kalau ingin menjalani pembedahan kosmetik, saya nasihatkan jangan! Jika anda tetap berhajat melakukannya, fikirkanlah risiko keselamatan kepada diri, kewangan, komitmen (bagi rawatan susulan) serta impak psikologi," katanya yang memberitahu bahawa faktor pantas dan diyakini kejayaannya menjadikan pembedahan kosmetik prosedur terus popular di kalangan wanita.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter